Saturday, July 11, 2009

Manek Urai (Man U) Vs Man United (Man U)

.الحمد لله والصلاة والسلام على رسولله, وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان !لى يوم الدين

"Usop!!... apa kata kalau kite ke Man U (Manek Urai) hari jumaat nih?" Cadang ku kepada adik ku itu.

"Eh Molek juga cadangan abe amin tuh, lagi pula kite belum pernah kesana dari penamaan calon baru-baru nih"
Balasnya.

" Lagi pula kalu hari lain kita memang tiada masa untuk kesana, memandangkan masa kita agak terhad. Ye lah turun rumah dari jam 7.00 pagi, sampai rumah jam 5.30 ptg. Jadi kita hanya free hari jumaat je, inilah masanya" kataku

Jumaat 3.55 Ptg: Mula bertolak dari rumah menuju ke Man U..

4.55 ptg: Singgah di Masjid Kg Bechcah Salak (Solat Asar).

5.15 ptg: Bertemu mata dengan Ust Mad Din.

5.30 ptg: Ziarah Pak Teh (Ahli Masjid di Kg tersebut).

6.00 ptg: Menuju ke Kg Peria, Sambil pusing-pusing untuk melihat suasana di sekitar Dun tersebut.

7.00 mlm: Bertemu dengan Ust Azariza di pos Keadilan (Ust Jal) sambil makan nasik goreng special.. Ust Jal yang belanja.

7.30 mlm: Singgah di rumah Ayah wie di Perial, Sepupu sebelah ma.

10.00 mlm: Berundur dari rumah Ayah Wie, Pusing-pusing sekitar Chucuh Puteri, Pehi.

10.30 mlm: Mula bertolak balik ke Kg Kijang.

11.00 mlm: Singgah di Kedai mee Haji Ramli @ lebih masyhur dengan panggilan Mee Kg Pek di Kg Pek. Sesudah kenyang aku sempat bertanyakah khabar Ayah (casheir) kepada kawan ku (Firdaus) yang sekarang ini berkerja sebagai tukang masak utama di kedai tersebut (teringat kembali masa sama-sama belajar di Madrasah Al-Quran Bechah Salak).

Lalu ku mengatakan bahawa kami dalam perjalanan pulang dari Man U. Lalu ayah kepada firdaus menyampuk.. eh man u?? bila die lawan.. aku, Usop & Firdaus sama-sama tersenyum.. Abang, kami dari Manek Urai.. Bukannya dari tengok Man United. Kata ku untuk menerangkan yang sebenarnya.. Ah sekarang ini sama-sama hangat diperkatakan akan Man U (Manek Urai) pilihanraya kecil pada 14 julai & juga Man United yang akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan Kebangsaan pada Khamis ini..Bisik hati ku..

11.20 mlm: Meneruskan perjalanan pulang.

Tepat jam 12.00 malam alhamdulillah sampai ke destinasi.. 12-30 malam tidorrrrrr...




No comments: