Monday, July 6, 2009

Bukti-bukti iman serta mukjizatnya

Realiti- realiti Iman dan keberkesanannya

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Saya berselawat dan memberi salam ke atas Junjungan Besar kita dan Nabi kita, Muhammad S.A.W . Seluruh ahli keluarga serta sahabat-sahabat Baginda wa ba`dahu.

Di manakah kita sebelum 100 tahun? Berserta pemimpin-pemimpin kita, pembesar-pembesar kita, raja-raja kita, ketua- ketua kita, ahli-ahli fikir kita? Dan dimana kita akan berada selepas 100 tahun lagi? Seluruh generasi ini dahulunya berada di Alam Ghaib dan akan berpindah ke Alam Ghaib, dan jangka masa mereka di atas muka bumi adalah 100 tahun, lebih kurang.

Oleh itu, dia adalah seorang yang berkelana, saya dan awak termasuk dari mereka yang berkelana. Jadi, kenapakah kita datang ke Dunia? Dan mengapa kita dijadikan? Siapakah yang menjadikan kita dan apakah yang Dia mahukan daripada kita? Mengapa kita akan mati? Apakah yang sedang menanti kita setelah kematian kita ?

Soalan-soalan yang berkaitan dengan kewujudan manusia. Dan agar kita tidak berkekalan di dalam kesesatan, teraba-raba dan kejahilan. Allah S.W.T telah mengajar kita. Jawapan-jawapan untuk soalan tersebut mengajar kita, Tuhan yang telah mencipta kita, lantas dia ciptakan untuk kita alat-alat untuk pengetahuan yang terdiri daripada pendengaran, penglihatan dan akal dan Dia menjadikan untuk kita sumber-sumber bagi pengetahuan ini yang terdiri dari Alam dan makhluk-makhluk ini. Dan Dia menjadikan untuk kita juga utusan-utusan yang Dia utuskan kepada kita. Serta Dia berikan kepada mereka keterangan-keterangan dan mukjizat-mukjizat.

Dan Dia telah mengemukakan bukti-bukti yang dapat disaksikan, yang memadai untuk merealisasikan Keyakinan dan Iman. Mengapakah diutuskan utusan-utusan tersebut? Apakah mukjizat-mukjizat mereka dan keterangan-keterangan mereka? Apakah kesamaran-kesamaran dihadapkan oleh orang-orang kafir dahulu dan sekarang? Dan Hari Akhirat pula, apakah bukti-bukti, hujah-hujah dan keterangan-keterangannya? Dan apakah hakikat nikmat padanya? Dan hakikat siksaan?

Semua ini, kita akan bentangkan –Dengan izin Allah- pada tulisan-tulisan yang akan datang yang mana berkenaan dengan tajuk tentang keterangan-keterangan Iman dan mukjizat-mukjizatnya.

Imanlah sebagai amalam yang paling utama


Telah dikeluarkan Muslim, Ibnu Hibban dan Abu Daud. Daripada Nu`man Inbu Basyir:
Bahawa 3 orang telah berdebat tentang amalan paling afdhal. Sehingga meninggi suara mereka. Antara mereka yang berkata di dalam percakapannya yang menunjukkan kepada amalam yang paling afdhal disisinya adalah memberi minum orang-orang haji. Maka berkata yang seorang lagi: “Tidak” bahkan yang paling afdhal adalah mengimarahkan masjid Al-Haram. Berkata pula yang ketiga: “Tidak!” Bahkan, Jidah di jalan Allah (yang lebih afdhal). Lantas Umar R.A menghentikan mereka dan berkata: Tanyalah Rasulullah S.A.W!

Lalu Allah pun menurunkan jawapan dengan berfirman:

أَجَعَلْتُمْ سِقَايَةَ الْحَاجِّ وَعِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ كَمَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَجَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ لا يَسْتَوُونَ عِنْدَ اللَّهِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ (١٩)

الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللَّهِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ (٢٠)
Yang bermaksud:

”Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haraam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.


(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya”(At-Taubah: 19-20).

Bersambung…

Petikan dari kuliah yang disampaikan oleh : Sheikh Abdul Majid Az-Zindani

No comments: