Termasuk syirik besar adalah menyembelih binatang untuk selain Allah. Padahal Allah berfirman:
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
Yang bermaksud: "Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).(Al-Kautsar: 2)
Maksudnya berkorban hanya untuk Allah dan atas Nama-Nya. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
”Allah melaknat orang yang menyembelih selain Allah” Hadis riwayat Muslim.
Pada binatang sembelihan itu terdapat dua hal yang diharamkan. Pertama, penyembelihannya untuk selain Allah dan keduanya, penyembelihannya dengan nama selain Allah. Keduanya menjadikan daging binatang sembelihan itu tidak boleh dimakan. Dan termasuk penyembelihan jahiliyyah- yang terkenal di zaman kita saat ini- yaitu menyembelih untuk jin. Iaitu manakala mereka membeli rumah atau membangunnya, atau ketika menggali perigi mereka menyembelih di tempat tersebut atau di depan pintu gerbangnya sebagai sembelihan kerana takut dari gangguan jin. (sila lihat Taisirul Azizil Hamid, cetakan Al Ifta` m/s 158.
Di antara contoh syirik besar- dan hal ini umum dilakukan- adalah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya. Atau kepercayaan bahawa seseorang memiliki hak dalam masalah tersebut selain Allah Azza Wajalla. Atau berhukum kepada perundangan jahiliyyah secara sukarela dan atas kemahuannya, seraya menghalalkannya dan berkeyakinan bahawa hal itu dibolehkan. Allah menyebutkan kufur besar dalam firman-Nya:
اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ
Yang bermaksud: ”Mereka menjadikan pendita-pendita dan Ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah” (At-Taubah: 31)
Ketika Adi bin Hatim mendengar ayat tersebut dibaca oleh Rasulullah S.A.W , ia berkata: “Orang-orang itu tidak menyembah mereka” Lalu Rasulullah dengan tegas bersabda yang bermaksud :
”Benar, tetapi mereka (orang-orang alim dan para rahib) menghalalkan untuk mereka apa yang diharamkan oleh Allah, sehingga mereka menganggapnya halal. Dan mengharamkan atas mereka apa yang dihalalkan oleh Allah, sehingga mereka menganggapnya sebagai barang haram. Itulah bentuk ibadah mereka kepada orang-orang alim dan para rahib tersebut.” Hadis riwayat Al-Baihaqi dalam As-Sunanul kubra, Sheikh Albani menggolongkannya dalam hadis hasan, lihat Ghayatul Maram m/s 19.
Allah menjelaskan, di antara sifat orang-orang musyrik adalah sebahagian dalam firman-Nya:
وَلا يُحَرِّمُونَ مَا حَرَّمَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَلا يَدِينُونَ دِينَ الْحَقِّ
Yang bermaksud: "Dan mereka pula tidak mengharamkan apa Yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak berugama Dengan ugama Yang benar (agama Allah). (At-Taubah:29)
Dan firman Allah:
قُلْ أَرَأَيْتُمْ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ لَكُمْ مِنْ رِزْقٍ فَجَعَلْتُمْ مِنْهُ حَرَامًا وَحَلالا قُلْ آللَّهُ أَذِنَ لَكُمْ أَمْ عَلَى اللَّهِ تَفْتَرُونَ
Yang bermaksud: "Katakanlah (kepada kaum Yang mengada-adakan sesuatu hukum): "Sudahkah kamu nampak baik-buruknya sesuatu Yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram, dan sebahagian lagi halal?" Katakanlah lagi (kepada mereka): "Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian, atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah?". (Yunus: 59)
Termasuk syirik yang banyak terjadi adalah sihir, perdukunan dan ramalan. Adapun sihir, ia termasuk perbuatan kufur dan di antara tujuh dosa besar yang menyebabkan kebinasaan. Sihir hanya mendatangkan bahaya dan sama sekali tidak bermanfaat bagi manusia. Allah berfirman:
وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلا يَنْفَعُهُمْ
Yang bermaksud: Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka". (Al-Baqarah: 102)
Lagi firman Allah:
Lagi firman Allah:
وَلا يُفْلِحُ السَّاحِرُ حَيْثُ أَتَى
Yang bermaksud: "Sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada".(Taha: 69)
Orang yang mengerjakan sihir adalah kafir. Allah berfirman:
وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنْزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلا تَكْفُرْ
Yang bermaksud: "Padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya Dengan berkata: "Sesungguhnya Kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya. (Al-Baqarah: 102)
Hukuman bagi tukang sihir adalah bunuh, pekerjaannya haram dan jahat. Orang-orang sesat dan lemah Iman akan pergi kepada tukang sihir untuk berbuat jahat kepada orang lain atau untuk membalas dendam kepada mereka. Di antara manusia ada yang melakukan perbuatan haram, dengan mendatangi tukang sihir dan memohon pertolongan padanya agar terbebas dari pengaruh sihir yang menimpanya. Padahal seharusnya ia mengadu dan kembali kepada Allah, memohon agar disembuhkan dengan kalam-Nya, seperti dengan Mu`awwidzat (Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas) –berdasarkan dari hadis-hadis sahih- dan sebagainya.
Dukun dan tukang ramal, keduanya juga kafir jika mendakwakan dirinya mengetahui hal-hal ghaib. Kerana tidak ada yang mengetahui hal-hal ghaib selain daripada Allah. Para dukun dan tukang ramal itu memanfaatkan kelemahan orang-orang awam (yang minta pertolongan padanya) untuk mengambil wang mereka sebanyak-banyaknya. Mereka menggunakan banyak cara untuk perbuatannya tersebut. Di antaranya dengan membuat garis di pasir, membaca (garis) telapak tangan, melihat air dalam teko, bola kaca, cermin dan sebagainya.
Jika sekali waktu mereka benar, maka sembilan puluh sembilan kalinya hanyalah dusta belaka. Tetapi tetap saja orang-orang yang lemah Imannya tidak mengingat, kecuali waktu yang sekali itu saja. Maka mereka pergi kepada para dukun dan tukang ramal untuk mengetahui nasib mereka di masa depan., apakah akan bahagia atau sengsara, baik dalam soal pernikahan, perdagangan, mencari barang-barang yang hilang atau yang seumpamanya.
Hukum orang yang mendatangi tukang ramal atau dukun, jika mempercayai terhadap apa yang dikatakannya adalah kafir, keluar dari agama Islam. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
”Barang siapa mendatangi dukun atau tukang ramal, lalu membenarkan apa yang dikatakannya, sungguh dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan atas Muhammad.” Hadis riwayat Imam Ahmad.
Adapun jika orang yang dating tersebut tidak mempercayai bahawa mereka mengetahui hal-hal ghaib, tetapi misalnya pergi untuk sekadar ingin tahu, ingin mencuba atau seumpamanya, maka ia tidak tergolong orang kafir, tetapi solatnya tidak diterima selama empat puluh hari.
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
”Barang siapa mendatangi tukang ramal, lalu ia menanyakan padanya tentang sesuatu, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. Sahih Muslim.
Ini masih pula harus diikuti dengan tetap mendirikan solat (wajib) dan bertaubat atasnya.
B E R S A M B U N G. . . . . . . . .
No comments:
Post a Comment