Sering kita saksikan, sebahagian para penurut hawa nafsu, orang-orang yang lemah jiwa dan sedikit ilmunya manakala mendengar perkara-perkara yang diharamkan secara berturut-turut ia berkeluh kesah sambil berkata: “ Segalanya haram, tak ada sesuatu apapun kecuali kamu mengharamkannya, kamu telah menyuramkan kehidupan kami, menyempitkan dada kami, kamu tidak memiliki selain haram dan mengharamkan. Agama ini mudah, persoalannya tak sesempit itu dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Untuk menjawab ucapan mereka, kita katakan sebagai berikut: “Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata`ala menetapkan hukum menurut kehendaknya, tidak ada yang dapat menolak ketetapan-Nya. Allah Maha Bijaksana lagi maha mengetahui, maka Dia menghalalkan apa yang ia kehendaki atau mengharamkan apa yang dikehendaki-Nya pula dan di antara rukun kehambaan kita kepada Allah Azzawajalla adalah hendaknya kita redha dengan apa yang ditetapkan oleh-Nya, pasrah dan berserah diri kepada-Nya secara total".
Hukum-hukum Allah Subhanahu Wata`ala berdasarkan atas ilmu, hikmat dan keadilan-Nya, tidak kesia-siaan dan permainan. Allah berfirman:
Yang bermaksud:
”Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya; dan Dia lah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui’ (Al-An`am: 115).
Allah menjelaskan kepada kita tentang kaedah halal-haram dalam firman-Nya:
Yang bermaksud:
”Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk” (Al-A`raf: 157).
Maka yang baik-baik adalah halal dan yang buruk-buruk adalah haram. Perkara menghalalkan dan mengharamkan sesuatu hanyalah hak Allah. Kerana itu, barangsiapa yang mendakwa atau menetapkan dirinya berhak menentu maka dia telah kafir dan keluar dari agama Islam. Allah berfirman:
”Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan - mana-mana bahagian dari ugama mereka - sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah?” (Asy-Syura: 21).
Tiada seorang pun boleh berbicara tentang halal-haram kecuali para ahli yang mengetahuinya berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, Allah memberi peringatan keras kepada orang yang menghalalkan dan mengharamkan sesuatu tanpa ilmu pengetahuan. Sebagaimana ditegaskan dalam firman-Nya:
”Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: "Ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah” (An-Nahl: 116).
Ehems....lain kali sambung lagi...
Untuk menjawab ucapan mereka, kita katakan sebagai berikut: “Sesungguhnya Allah Subhanahu Wata`ala menetapkan hukum menurut kehendaknya, tidak ada yang dapat menolak ketetapan-Nya. Allah Maha Bijaksana lagi maha mengetahui, maka Dia menghalalkan apa yang ia kehendaki atau mengharamkan apa yang dikehendaki-Nya pula dan di antara rukun kehambaan kita kepada Allah Azzawajalla adalah hendaknya kita redha dengan apa yang ditetapkan oleh-Nya, pasrah dan berserah diri kepada-Nya secara total".
Hukum-hukum Allah Subhanahu Wata`ala berdasarkan atas ilmu, hikmat dan keadilan-Nya, tidak kesia-siaan dan permainan. Allah berfirman:
وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ صِدْقًا وَعَدْلا لا مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِهِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ (١١٥)
Yang bermaksud:
”Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya; dan Dia lah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui’ (Al-An`am: 115).
Allah menjelaskan kepada kita tentang kaedah halal-haram dalam firman-Nya:
وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ (١٥٧)
Yang bermaksud:
”Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk” (Al-A`raf: 157).
Maka yang baik-baik adalah halal dan yang buruk-buruk adalah haram. Perkara menghalalkan dan mengharamkan sesuatu hanyalah hak Allah. Kerana itu, barangsiapa yang mendakwa atau menetapkan dirinya berhak menentu maka dia telah kafir dan keluar dari agama Islam. Allah berfirman:
أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ (٢١)
Yang bermaksud:”Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan - mana-mana bahagian dari ugama mereka - sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah?” (Asy-Syura: 21).
Tiada seorang pun boleh berbicara tentang halal-haram kecuali para ahli yang mengetahuinya berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, Allah memberi peringatan keras kepada orang yang menghalalkan dan mengharamkan sesuatu tanpa ilmu pengetahuan. Sebagaimana ditegaskan dalam firman-Nya:
وَلا تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَذَا حَلالٌ وَهَذَا حَرَامٌ لِتَفْتَرُوا عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ (١١٦)
Yang bermaksud:”Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: "Ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah” (An-Nahl: 116).
Ehems....lain kali sambung lagi...
No comments:
Post a Comment