Monday, July 13, 2009

Bukti-bukti iman serta mukjizatnya (Bhgn.2)

Oleh itu, amalan yang paling afdhal di dalam Al-Quran adalah beriman kepada Allah S.W.T sepertimana yang diterangkan dari ayat itu tadi. Imam Al-Bukhari telah mengeluarkan, daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah S.A.W telah ditanya. "Amalan apakah yang paling afdhal? Lalu Baginda bersabda: Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Ditanya kan lagi: Kemudian apa? Baginda bersabda: Berjihad dijalan-Nya".

Persoalan disini, mengapakah iman amalan yang paling afdhal? Kerana sesungguhnya Iman adalah perkara yang merealisasikan ikatan di antara seorang hamba dengan Tuhannya dan tanpa ikatan ini, manusia akan selama-lamanya dalam keadaan teraba-raba. Seperti roket yang berlepas ke angkasa lepas, yang berterusan meninggi, sehingga ia terputus hubungan dengan pusat kawalannya. Apakah nasib roket tersebut? Sesungguhnya nasib manusia yang hilang pertaliannya dengan Tuhannya, lebih bahaya dari keadaan tersebut. Sesungguhnya dia di akhir nanti akan menjunam ke dalam Api yang bahan bakarnya dari manusia dan batu.

Iman ini adalah asas penerimaan amalan di sisi Allah S.W.T. kerana amalan orang-orang kafir, tiada penerimaan untuknya. Sebagaimana firman Allah:

وَقَدِمْنَا إِلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا (٢٣)

"Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan Dia terbuang sebagai debu yang berterbangan".
(Al-Furqan: 23)


Dan Iman adalah penyebab sebenar untuk memperbaiki manusia pada hari ini. Dan untuk memperbaiki orang-orang muslim dan orang-orang yang beriman, yaitu dengan memperbaiki akhlak-akhlak mereka, dan memperbaiki peribadi mereka.

kenapakah ia jadi sebegitu?


Apabila anda katakan kepada seseorang, jangan engkau membunuh ! jangan engkau mencuri! Jangan engkau merompak! Jangan engkau berlaku zalim! Jangan engkau berzina! Jangan engkau buat jahat! Jangan engkau menipu! Bahawasanya dia akan mematuhi arahan tersebut, jika dia takut kepada hukuman. Atau jika dia tamakkan ganjaran.

Dan tidak ada disana bahaya yang lebih besar daripada Neraka, dan tiada maslahah yang lebih besar dari Syurga. Akan tetapi, dia tidak mungkin tergerak, lantas melakukan segala amal soleh… dan menjauhi segala perkara yang dilarang, serta melawan keinginan jiwanya.. kecuali dia yakin bahawa Syurga dan Neraka itu adalah benar.
Dan juga apa yang dijanjikan Allah itu adalah benar.

Lagi-lagi bersambung..

No comments: