Monday, July 27, 2009

----------------

Segala puji bagi Allah. Kita memuji, memohon pertolongan dan meminta ampun kepada-Nya. Kita berlindung kepada Allah S.W.T dari segala kejahatan diri dan keburukan amal perbuatan. Barang siapa diberi petunjuk oleh Allah, tidak ada yang boleh menyesatkannya dan barang siapa disesatkan oleh Allah, maka tidak ada yang boleh menolongnya. Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata, tiada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi Muhammad S.A.W itu adalah hamba dan Rasul-Nya.

Amma ba`du...

Minggu ini, genaplah 4 bulan ku berada di bumi tercinta. Bermacam-macam cerita yang ingin dikongsi. Tapi apakan daya diruangan ini terlalu sempit untuk ku susunkan akan apa yang berada dibenak fikiran ku sepanjang ku berada di m,sia ini. Apa pun, akan ku cuba semampu mungkin. Agar cerita ku ini dapat dikongsi bersama.

Sebelum bertolak balik dari Yaman lagi, aku sering memikirkan akan target ku di M,sia kelak. Apa yang harus kulakukan bilamana sampai ke M,sia? Herm.. Pertama sekali.. sebelum aku melangkah lebih jauh.. aku ingin berikan perhatian ku pada keluarga ku. Berkhidmat dengan kedua orang tua ku. Menyampaikan dengan apa yang telah ku pelajari kepada ahli keluarga ku yang terdekat. Dan setakat ini alhamdulillah semua itu berjalan dengan lancar. "Robbi Yassir, Wala Tuassir".

Sekarang ini pun,alhamdulillah aku diberi ruang untuk menyampaikan kuliah di antara solat Maghrib dan Isya pada setiap malam isnin ( di masjid An-Nur tame boyo) .. hanya itu yang ku mampu setakat ini.

Adapun rutin harian ku pula seperti biasa, dari jam 6-50 pg hingga 5-30 ptg.. jaga kaunter kedai ayah. Letih tu.. tak dapat nak bayangkan.. disebabkan keletihan lah setiap kali selepas solat asar aku merehatkan diri ku sambil2 murajaah apa yang sepatutnya. Kadang2 sampai terlena dan jarang2 sekali bila sedar dah nak maghrib.

Tup tup... pelanggan tengah ramai nih..sambung lain kali deh..wassalam

No comments: