Bagaimana sekiranya berkata kepada anda, seorang Raja dari kalangan raja-raja atau ketua atau seorang pemimpin dari kalangan pemimpin-pemimpin.. “Pergilah ke dalam negara ini dan buatlah sesuka hati kamu” “Kerana akulah yang akan melindungi kamu”. Anda akan berasa kemuliaan. Begitu juga seorang yang beriman, akan merasakan seorang mu`min yang benar akan merasa kemuliaan tersebut dan akan terealisasi perkara tersebut dan ia adalah dengan perlindungan Ilahi.
Telah berlaku dalam sejarah kita, dan Allah telah mengambil alih urusan kita sebagaimana firman Allah S.W.T :
"Allah Pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-orang Yang beriman". (Al-Baqarah:257)
Dan Allah telah memberikan keteguhan kepada orang-orang yang beriman sepertimana Allah berfirman:
"Allah menjanjikan orang-orang Yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat Muhammad) Bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah Yang memegang Kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang Yang sebelum mereka: khalifah-khalifah Yang berkuasa; dan ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) Yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh)". (An-Nur: 55)
Dan Allah telah menjadikan Iman sebagai jalan untuk petunjuk dan ke arah jalan yang lurus.
Ketika mana manusia dalam keadaan teraba-raba, timur… barat…utara.. selatan.. ke arah ini..ke arah itu.. di manakah kebenaran?? Allah berfirman:
"Dan Sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang Yang beriman ke jalan Yang lurus".(Al-Hajj:54)
Dan tidak sekali-kali Allah menjadikan sebarang jalan untuk orang kafir mengatasi orang beriman. Sepertimana firman Allah Taala, Dia telah berjanji:
"Dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang Yang beriman".(An-Nisa`:141)
Oleh itu, ia adalah kehidupan di bawah payungan rahmat Allah Azza Wajalla. Semua adalah janji yang akan ditunaikan sebagaimana ditunaikan sebelum ini. Apabila kita realisasikan Iman ini dan kita teguh ia di dalam diri kita, akan tetapi.. apa yang kita lihat pada hari ini memerlukan dari kita untuk menilai semula realiti-realiti Iman dalam diri kita.
Ini adalah sebahagian daripada apa yang dijanjukan oleh Allah kepada orang yang beriman di Dunia ini dan di Akhirat. Allah telah berfirman :
"Dan Sesungguhnya pahala hari akhirat lebih baik bagi orang-orang Yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa". (Yusuf:57).
Dan Allah telah berfirman:
"Sesungguhnya orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah)".(Al-Kahf:108)
Mereka tidak mahu beralih daripadanya. Jadi, kebaikan Dunia dan kebaikan Akhirat telah dihimpunkan oleh Allah untuk orang-orang beriman. Oleh itu realisasikanlah Iman wahai hamba-hamba Allah!
Realisasikanlah Iman wahai orang-orang Islam dan teguhkanlah ia di dalam jiwa kamu! Dan janganlah kita menjadi seperti orang-orang Arab itu; yang Allah telah berfirman berkenaan mereka:
"Orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke Dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` Kami telah Islam '". (Al-Huj`rat: 14).
Sebahagian orang-orang Arab; terkena kepada mereka perkara ini dan Allah telah berfirman terhadap mereka perkara ini, Allah telah berfirman:
"Orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke Dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` Kami telah Islam '. dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".(Al-Huj`rat: 14).
dan Iman tidak akan masuk ke dalam hati.. kecuali dengan hujjah, kecuali dengan bukti, kecuali dengan ilmu, kerana itu Allah telah berfirman:
"Oleh itu, maka Tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (Wahai Muhammad) Bahawa Sesungguhnya tiada Tuhan Yang berhak disembah melainkan Allah".(Muhammad: 19).
Dan Allah berfirman:
Telah berlaku dalam sejarah kita, dan Allah telah mengambil alih urusan kita sebagaimana firman Allah S.W.T :
اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا
Dan Allah telah memberikan keteguhan kepada orang-orang yang beriman sepertimana Allah berfirman:
وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِي الأرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا
"Allah menjanjikan orang-orang Yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat Muhammad) Bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah Yang memegang Kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang Yang sebelum mereka: khalifah-khalifah Yang berkuasa; dan ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) Yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh)". (An-Nur: 55)
Dan Allah telah menjadikan Iman sebagai jalan untuk petunjuk dan ke arah jalan yang lurus.
Ketika mana manusia dalam keadaan teraba-raba, timur… barat…utara.. selatan.. ke arah ini..ke arah itu.. di manakah kebenaran?? Allah berfirman:
وَإِنَّ اللَّهَ لَهَادِ الَّذِينَ آمَنُوا إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ
Dan tidak sekali-kali Allah menjadikan sebarang jalan untuk orang kafir mengatasi orang beriman. Sepertimana firman Allah Taala, Dia telah berjanji:
وَلَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ لِلْكَافِرِينَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلا
"Dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang Yang beriman".(An-Nisa`:141)
Oleh itu, ia adalah kehidupan di bawah payungan rahmat Allah Azza Wajalla. Semua adalah janji yang akan ditunaikan sebagaimana ditunaikan sebelum ini. Apabila kita realisasikan Iman ini dan kita teguh ia di dalam diri kita, akan tetapi.. apa yang kita lihat pada hari ini memerlukan dari kita untuk menilai semula realiti-realiti Iman dalam diri kita.
Ini adalah sebahagian daripada apa yang dijanjukan oleh Allah kepada orang yang beriman di Dunia ini dan di Akhirat. Allah telah berfirman :
وَلأجْرُ الآخِرَةِ خَيْرٌ لِلَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ
Dan Allah telah berfirman:
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلا
Mereka tidak mahu beralih daripadanya. Jadi, kebaikan Dunia dan kebaikan Akhirat telah dihimpunkan oleh Allah untuk orang-orang beriman. Oleh itu realisasikanlah Iman wahai hamba-hamba Allah!
Realisasikanlah Iman wahai orang-orang Islam dan teguhkanlah ia di dalam jiwa kamu! Dan janganlah kita menjadi seperti orang-orang Arab itu; yang Allah telah berfirman berkenaan mereka:
قَالَتِ الأعْرَابُ آمَنَّا قُلْ لَمْ تُؤْمِنُوا وَلَكِنْ قُولُوا أَسْلَمْنَا
"Orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke Dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` Kami telah Islam '". (Al-Huj`rat: 14).
Sebahagian orang-orang Arab; terkena kepada mereka perkara ini dan Allah telah berfirman terhadap mereka perkara ini, Allah telah berfirman:
قَالَتِ الأعْرَابُ آمَنَّا قُلْ لَمْ تُؤْمِنُوا وَلَكِنْ قُولُوا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الإيمَانُ فِي قُلُوبِكُمْ وَإِنْ تُطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ لا يَلِتْكُمْ مِنْ أَعْمَالِكُمْ شَيْئًا إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
"Orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke Dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` Kami telah Islam '. dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".(Al-Huj`rat: 14).
dan Iman tidak akan masuk ke dalam hati.. kecuali dengan hujjah, kecuali dengan bukti, kecuali dengan ilmu, kerana itu Allah telah berfirman:
فَاعْلَمْ أَنَّهُ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ
Dan Allah berfirman:
أَفَمَنْ يَعْلَمُ أَنَّمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ الْحَقُّ كَمَنْ هُوَ أَعْمَى إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الألْبَابِ
"Maka Adakah orang Yang mengetahui Bahawa Al-Quran Yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu (Wahai Muhammad) perkara Yang benar, sama Dengan orang Yang buta matahatinya? Sesungguhnya orang-orang Yang mahu memikirkan hal itu hanyalah orang-orang Yang berakal sempurna".(Ar-Raa`d: 19).
B E R S A M B U N G…..
No comments:
Post a Comment