Wednesday, July 15, 2009

Keletihan

Salam ukhwah... buat pengunjung.. moga diketika ini kita semua berada di dalam redha-Nya.. ameen

Allahu Akhbar, itu lah yang ingin ku lafazkan dari mula-mula aku menekan keyboard nih. Moga-moga pembaca faham akan apa yang aku maksudkan pada lafaz tersebut.

Hampir 4 bulan aku berada di kaunter kedai milik ayah ku, banyak perkara yang berlaku pada tempoh tersebut. Entah apa lagi yang akan datang melanda selepas ini. Apa pun aku sentiasa memohon kepada Sang Pencipta, agar ditetapkan iman dan diberikan kesabaran. Kerana, imanlah amalan yang paling baik (Sila lihat pada entri yang lepas). Wallahu`alam.

2 hari lalu. sekali lagi aku ke Manek Urai. Tetapi kali ini bersama-sama famili. Pertamanya untuk melihat suasana Pilihanraya di N.41, dan keduanya untuk menziarahi sepupu disebelah ma di Kg Perial. Herm.. bertolak dari rumah jam 6 Ptg. Sampai di Perial jam8 Mlm. Bertolak bali jam 10.15 dan sampai rumah jam 11.30. Penat bangat-bangat, sbb kebiasaan sempat berehat sebelah petang, apa pun ku tetap bersyukur kerana selamat pergi dan balik.

Tajuk akhbar utusan pada pagi ini, PAS menang tipis. Herm alhamdulillah yang penting menang. walaupun majoriti hanya 65 orang.

Pelanggan tengah ramai. Jadi apa kata kita sambung dilain masa. nak buka harakahonline kejap.
moga kita semua dirahmati-Nya.. ameen

No comments: