Sunday, July 19, 2009

Salak

Alhamdulillah.. Setelah sampai di rumah (pulang dari kerja). Aku menghempaskan beg laptop ke katil, lalu menuju ke dapur untuk melihat apa yang ada untuk diisi perut yang kekosongan ini. Lalu ku buka salji dan ku dapati ada sepinggan buah salak yang sedia terhidang.

Apa lagi dengan laju ku mengambil salak tersebut untuk menghilangkan rasa kelaparan itu tadi. Ku mengoyak kulitnya dengan gelojoh. Lalu ku menikmati buah tersebut, erm..manisnya tiada terkata. Ah di kepanasan sebegini alangkah nikmatnya jika sentiasa dihidangi dengan buah-buahan tempatan.

Ketika ku sedang mengunyah, terlintas difikiran ku untuk berkongsi (gambar) dengan para pembaca yang budiman, akan pokok & buah salak yang sedang masak ranum di sekeliling rumah ku. Jadi jom kita ke galeri..

P/S: Sesiapa yang nak rasa salak nih, boleh la bertandang kerumah...




























2 comments:

SyAhmaN said...

boleh hantar ikut pos laju ke Universiti Malaya x?
sedapnya,terliur..hehe..

Luasnya kebun..kata org tua-tua,
berbudi pada tanah akan dapat hasilnya..alhamdulillah..rezeki ustaz..

muhamad amin ismail said...

Pos laju?? tak janji tu.. :)

A,ah alhamdulillah.. rezki.. kebetulan pula dah seminggu tak hujan, jadi buah tu tak kena air.. manis bangat.. ismi amin.. boleh panggil amin je kot..